Nuffnang Ads

Monday, November 1, 2010

menagih cinta atau menyintai dan dicintai???

cinta itu suatu yang indah jika disemai dan dijaga sebaiknya....namun ada kalanya cinta itu amat menyakitkan jika terputus di tengah jalan....apatah lagi ketika itu,cinta terhadap si dia masih membara laksana larva yang sedang aktif menanti saat letusnya ke bumi....tapi sedarkah kita,ada dalam kalangan generasi anak muda yang tidak boleh menerima kenyataan akan perginya cinta itu???


mungkin ada beberapa sebab membawa kepada cinta yang kian pudar dan menghilang daripada sebelah pihak..tapi di sini tidak akan menyentuh akan perkara sedemikian kerana sememangnya cinta yang diharap-harapkan akan menjadi suria hidup tetapi menemui pengakhiran itu seakan sembilu menusuk ke luka....semoga penulisan ini tidak akan membawa episod duka lama berulang kembali pada para pembaca...

hakikat perpisahan ada kalanya tidak dijelaskan secara sewajarnya...manakan tidak sekiranya ditinggalkan tanpa sekelumit pun perasaan simpati sebenarnya akan membawa kepada dendam yang tak kesudahan....namun,ada juga dalam kalangan kita yang mengharapkan agar cinta itu kembali....inilah yang dinamakan penagih cinta....


sebenarnya,pengharapan kepada cinta yang telah berakhir hanya akan menemui jalan kesukaran...mungkin jua si dia telah menemui insan yang lebih berhak akan cintanya...mengapa perlu menjadi penagih cinta???bukankah ianya hanya akan menjatuhkan taraf serta maruah sebagai wanita......bukalah hati dan pemikiran yang rasional kerana  lebih mampu berfikir akan konflik yang melanda dalam diri....jadilah mereka yang benar-benar ingin menjadi pencinta dan penerima cinta,bukan menjadi penagih cinta...pepatah juga ada menyatakan kumbang bukan seekor,bunga bukan sekuntum...sekeping hati sebenarnya telah dibahagikan kepada pasangan,hanya perlu berusaha untuk mencarinya sahaja...cinta juga tak boleh dipaksa-paksa...cinta yang sebenar ada di mana-mana dan mungkin hanya berdekatan kita sahaja...so,teruskan mencari...janganlah merosakkan jiwa dengan hanya memikirkan cinta yang tak sudah kerana kelak membawa kesusahan pada diri..

2 comments:

  1. saya harap cinta si penulis kekal bahagia bersama abangnya..Doa dari seorang teman buatmu..

    ReplyDelete

JANGAN TAK KLIK!!!