Nuffnang Ads

Thursday, June 21, 2012

StUdI dAH hAbIs

ALHAMDULILLAH...syukur ke hadrat Ilahi kerana aku akhirnya berjaya menamatkan pengajian selama tiga tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi..exam terakhir adalah pada 20 Jun 2012..tp serius aku cakap tahun akhir @ tahun 3 ni adalah paling mencabar dalam sejarah hidup aku sebabnya kena selesaikan latihan ilmiah @ "tesis" ungkapan yg sering aku gunakan,bukan aku saje,semua budak tahun akhir sebut macam tu..dalam tiga tahun ni juga aku menyulam kasih dengan si "dia"..Alhamdulillah sekali lagi aku ucapkan kami masih kekal sehingga ke saat ini..impian aku adalah ingin menamatkan segala2nya di UKM ni penghujung bulan 10 nanti...ya, kami bakal menghadapi graduation day kami..

selepas ni aku akan berpraktikal di salah sebuah agensi tempatan di daerah tempat tinggal aku kt kampung selama dua bulan..after tu selesai lah..tunggu jemputan ke konvo plak..rasa tak sabar sgt2 bersarang di hati sekarang ni..tak sabar berkonvo bersama2 kawan2 sekos dan si "dia"..sekarang "dia" masih lagi sedang ada paper..aku kena tunggu dia habis dulu sampai 28hb ni sebabnya byk barang nk angkut dan syukur sebabnya adik "dia" dapat membantu kami mengangkut barang2 tu semua sampai ke rumah..hope perjalanan kami akan selamat hendaknya..

harapan aku agar lepas konvo ni aku dapat panggilan kerja yang bagus bersesuaian dengan bidang yang aku ceburi,sains politik..pada mulanya aku memang x minat langsung dengan bidang ni tp lepas jumpa kawan2 yg memang top giler habis best sangat aku jd syok studi walaupun stressnya semacam nk gila sudah..hahahaha!!!JPA tolonglah aku bg keje yg baik2 ye..kau pn nk biasiswa yg kau bg tu berbaloi kan dgn apa yg aku akan bg nnti..hehehehe...(mode : mujuk)..semalam kitaorg sekos buat gathering terakhir but not least dengan BBQ dan makan2 kat kolej penempatan aku..memang hot giler lah semalam..sebabnya ada kes kwn lam kelas yg ada krisis sikit..tp doaku agar 2 org tu berjaya merungkai permasalahan diorang dengan jalan yg baik dan berdamai hendaknya..ok..cukup setakat ni..nanti aku nk upload gambar sekos aku mase wt gathering BBQ semalam..oklah,,babai..semua mintak doakan kejayaan aku dan semua keh..c u .<3

Tuesday, May 29, 2012

TESIS OH TESIS

arrrrrrrr...............!!!TAKUTNYA!!! 4 JUN 2012 sy kena hantar tesis @ latihan ilmiah dah...Ya Allah...tolonglah permudahkan perjalanan hambaMu ini..hari2 terakhir sebelum menghantar tesis sgt stress...inilah kunci kpd masa depan saya...3 tahun sy berjuang di UKM...apa yg ada dalam fikiran sekarang ialah untuk keluar dari sini sahaja..cuba cari dunia baru plak..environment baru org kata lebih mencabar tp lebih baik dr yg lama...3 tahun banyak yang berlaku..pahit manis semua ada...kt sini sy bertemu seseorang yang mampu melayan setiap kerenah sy dengan sabar...x sabar bawak family dtg masa konvo nti..sy nk bawak family sy round2 kenal tempat2 yg pernah sy lawat sebelum ni..mood : hepy even risau bersarang ntah dh mcm mana kusutnya kt dalam ni...


tolonglah ciap wahai encik tesis...penat dh touch up kamuuuu yg x penah nk ciap2 ni...huhuhuhuhuhu..................................... :PPPPPPPPPP




Friday, January 6, 2012

CERITA EXAM DAN KRISIS AIR

SELAMAT MALAM...



sekarang sedang bermula minggu peperiksaan yang mana berlangsung selama tiga minggu.


 air pula merupakan sumber asas yang paling terpenting dalam hidup manusia.



seperti yang sedia ketahui, bandar hulu langat kini sedang dilanda masalah atau krisis air dan keadaan yang sama turut berlaku di kediaman kolej-kolej lingkungan pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Bangi.


keadaan ini telah menyulitkan para mahasiswa dan mahasiswi yang akan menjalani peperiksaan serta menelaah pelajaran kerana terpaksa juga berhadapan dengan cuaca yang sangat panas. ketiadaan air telah menyebabkan "mood" studi turut terganggu dan apa lagi dengan ujian menghadapi peperiksaan yang memerlukan ketenangan minda dan kecergasan fizikal. fakta : orang Malaysia memang tidak akan senang duduk jika tidak mandi dalam waktu sehari. 


tengok burung ni pun tahu keadaan dunia sekarang yang makin kekurangan air..kesiannya..tp hakikatnya perut kau  kecik wahai burung..tapi cuba tgk keperluan manusia lg besar dr kau..wahai manusia, berjimatlah dari sekarang, bumi makin panas,air makin kurang..


oh!sukarnya hidup dalam situasi krisis air melanda. bilik air dan tandas tidak dicuci oleh cleaner yang demand, malas nak mengangkut air, student ok je, diorang itu makan gaji kosong. tak berkatlah hidup kamu kalau macam tu. 


sekian, status FB tak nak dirosakkan dengan sumpah seranah. biarlah mereka itu sahaja yang menyumpah. blog jadi tempat mencurah rasa. dah berbulan tak update. i'm sorry. 

Sunday, June 12, 2011

KAMI TETAP SOKONG THE RED WARRIORS

Assalamualaikum...Selamat tengahari diucapkan kepada readers dan reviewers blogs sekalian...apa khabar rakyat Kelantan?yg pastinya sy tahu keadaan suram sekarang yg ada di negeri tempat sy membesar itu...tidak mengapa,biarkan mendung itu berarak pergi,mari mulakan hidup yg baru ok..

Erm,tgk tajuk entry pun dah tahu kan apa kandungannya...of cos la nak cter2 pasal perlawanan bola antara Kelantan dan Terengganu 11 Jun 2011 baru2 ini...kehangatan itu masih terasa kerana buat pertama kalinya sy menjejakkan kaki ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan berkenaan..memang bahang sangat malam itu..panas2 apa lagi bila kemenangan tidak berpihak kepada TRW...tapi tidak mengapa,kami selaku penyokong pasukan TRW yg setia akan tetap berpegang teguh dengan sokongan kami..hidup TRW,hidup Raja Kelantan!jom tinjau2 keadaan di perkarangan dan di dalam stadium..merah membara!














WALAU APA BERLAKU,KELANTAN TETAP DI HATI...!!!!







Friday, April 22, 2011

EXAM FEVER!!!

cuti 4 bulan nanti mahu buat apa yer???wah..dh pikir pasal cuti dh...seminggu lg dh mau balik kampung kan..tp papers ada 3 lagi..

semester ini ambik 7 papers / subjects...penat sih...mau aje tido sampai pegi exam jawab je apa yg ada kat kepala..huhu..lau buat camtu baik x payah susah2kan keluarga hantar pegi universiti kan..x de la berhabis beribu2 untuk pendaftaran shj..tambah makan minum, bayar itu ini, peruntukan untuk assignments lagi...

semester hadapan bermula la kehidupan bergelar sebagai student tahun akhir..x sabarnya..tp rasa takut plak sebab terpaksa berdepan dengan tugasan latihan ilmiah atau budak2 kat sini suka sebut sbg tesis..sebenarnya tesis tue perkataan khusus untuk peringkat master mahupun PhD..

tapi apa2pun, kepada kwn2 semua kat luar sana semoga terus sukses yer..doakan semua berjaya termasuk saya juga...

salam..

Wednesday, April 20, 2011

Thursday, March 3, 2011

TINJAU2 BLOG MAKWE KHAIRUL FAHMI CHE MAT (APEK) THE RED WARRIORS

yehaaaa...!!!dh lama x update blog..ari ni berkesempatan jgk bukak blog after several days x pt nk surf tenet kt bilik coz wifi problem....so malam ni,,,juz relaxing at d foyer of UKM' s library, PTSL, cuba tinjau2 blog org2 yg terkenal...masa duk tinjau2 tu lah..akhirnya terjumpa la satu blog ni yg mana kepunyaan makwe pemain bola sepak terkenal...ala,goal keeper pasukan Malaysia dan Kelantan tu la...sape lg Khairul Fahmi Che Mat la...hehe...tp yg ditinjau bukan blog dia but makwe dia punya...amboiiii...romantik sakan nampaknya ya...hikhikhik.. ;) ...makwe yg menyokong betullah katakan..nk jd cam dia la...hehe..oklah,,sebelum mengundurkan diri,,chewahhh...yela kan,,ada la nk kongsi2 ckit ni ha url blog makwe dia   http://jejariruncing.blogspot.com/   so,apa laie,,tgk2 la lau nk tau perkembangan fahmi..fahmi x perlu ada blog dh,makwe dia dh leh handle... :)  tahniah awk berdua!!!

JANGAN TAK KLIK!!!