Nuffnang Ads

Monday, October 1, 2012

Menggadaikan Agama Kerana Dunia

assalamualaikum...

saya just nak sharing with others satu artikel yang saya ambil daripada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah yang bertajuk "Menggadaikan Agama Kerana Dunia".

saya amat tertarik dengan kupasan yang ditonjolkan menerusi hadis sahih yang menyebut ada golongan yang menggunakan agamanya untuk menutup kesalahan yang dilakukan bagi menampakkan sisi yang baik sahaja. bagi saya, golongan seperti ini adalah golongan yang tidak mempercayai akan kebesaran Tuhan iaitu Allah s.w.t kerana seolah-olah mempermainkan agama.

berikut merupakan artikel yang saya maksudkan yang saya ambil daripada sumber : http://www.pekida.org/hadis40/hadis39.htm

MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA
Ertinya:Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari  keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
H.R Termizi
Keterangan
Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang­orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan­alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.



semoga kita mengambil iktibar daripada paparan yang ditunjukkan. sesungguhnya ruang untuk membuat kebaikan adalah lebih luas..

Wallahu’alam bissawab (والله أعلمُ بالـصـواب)

No comments:

Post a Comment

JANGAN TAK KLIK!!!