Nuffnang Ads

Thursday, June 21, 2012

StUdI dAH hAbIs

ALHAMDULILLAH...syukur ke hadrat Ilahi kerana aku akhirnya berjaya menamatkan pengajian selama tiga tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi..exam terakhir adalah pada 20 Jun 2012..tp serius aku cakap tahun akhir @ tahun 3 ni adalah paling mencabar dalam sejarah hidup aku sebabnya kena selesaikan latihan ilmiah @ "tesis" ungkapan yg sering aku gunakan,bukan aku saje,semua budak tahun akhir sebut macam tu..dalam tiga tahun ni juga aku menyulam kasih dengan si "dia"..Alhamdulillah sekali lagi aku ucapkan kami masih kekal sehingga ke saat ini..impian aku adalah ingin menamatkan segala2nya di UKM ni penghujung bulan 10 nanti...ya, kami bakal menghadapi graduation day kami..

selepas ni aku akan berpraktikal di salah sebuah agensi tempatan di daerah tempat tinggal aku kt kampung selama dua bulan..after tu selesai lah..tunggu jemputan ke konvo plak..rasa tak sabar sgt2 bersarang di hati sekarang ni..tak sabar berkonvo bersama2 kawan2 sekos dan si "dia"..sekarang "dia" masih lagi sedang ada paper..aku kena tunggu dia habis dulu sampai 28hb ni sebabnya byk barang nk angkut dan syukur sebabnya adik "dia" dapat membantu kami mengangkut barang2 tu semua sampai ke rumah..hope perjalanan kami akan selamat hendaknya..

harapan aku agar lepas konvo ni aku dapat panggilan kerja yang bagus bersesuaian dengan bidang yang aku ceburi,sains politik..pada mulanya aku memang x minat langsung dengan bidang ni tp lepas jumpa kawan2 yg memang top giler habis best sangat aku jd syok studi walaupun stressnya semacam nk gila sudah..hahahaha!!!JPA tolonglah aku bg keje yg baik2 ye..kau pn nk biasiswa yg kau bg tu berbaloi kan dgn apa yg aku akan bg nnti..hehehehe...(mode : mujuk)..semalam kitaorg sekos buat gathering terakhir but not least dengan BBQ dan makan2 kat kolej penempatan aku..memang hot giler lah semalam..sebabnya ada kes kwn lam kelas yg ada krisis sikit..tp doaku agar 2 org tu berjaya merungkai permasalahan diorang dengan jalan yg baik dan berdamai hendaknya..ok..cukup setakat ni..nanti aku nk upload gambar sekos aku mase wt gathering BBQ semalam..oklah,,babai..semua mintak doakan kejayaan aku dan semua keh..c u .<3

JANGAN TAK KLIK!!!